Sukarelawan
Polis atau dikenali sebagai “Auxiliary Police” terdiri dari orang-orang awam
yang diberi kuasa Polis untuk menguatkuasakan undang-undang serta memastikan
keamanan dan keselamatan kawasan setempat.
Sukarelawan
Polis Kontinjen Selangor telah ditubuhkan pada 1957 dengan keanggotaan sejumlah
475 orang. Anggota SPDRM yang terdiri dari orang awam ini kebanyakanya adalah
dari kalangan golongan profesional seperti peguam, guru, doktor, ahli
perniagaan, pegawai-pegawai kanan kerajaan dan juga swasta. Disebabkan minat
yang begitu mendalam terhadap bidang kepolisan ini telah terpanggil golongan
tersebut untuk menyertai bidang ini.
Kewujudan SPDRM
ini bukan sahaja memberi peluang untuk menjiwai kehidupan sebagai seorang
anggota polis malahan memberi ruang bagi mengeratkan hubungan di antara polis
dan masyarakat.