SOALAN YANG LAZIM DITANYA



Ruangan ini disediakan untuk membolehkan anda mengetahui sedikit sebanyak mengenai Sukarelawan Polis Di Raja Malaysia, sebelum anda mengajukan soalan kepada kami.

v  Bagaimanakah caranya untuk menjadi anggota Sukarelawan Polis?
Untuk menyertai Pasukan Sukarelawan Polis, seseorang itu perlu menunggu iklan disiarkan terlebih dahulu. Permohonan secara bertulis boleh dibuat, tetapi borang hanya akan dihantar apabila terdapat kekosongan jawatan. Permohonan perlu dihantar kepada Ketua Polis Negeri (Untuk Perhatian : Komandan Sukarelawan Polis) masing-masing.

v  Bilakah iklan akan dikeluarkan?
Iklan jarang sekali dikeluarkan. Jika ada, ia biasanya disiarkan di media elektronik dan media cetak tempatan, atau di papan-papan kenyataan di Balai Polis. Iklan hanya akan dikeluarkan apabila ada kekosongan atau keperluan anggota. Walau bagaimanapun, setiap borang permohonan atau permohonan bertulis akan diterima dan diproses; calon yang berjaya akan dipanggil untuk menjalani latihan.

v  Bolehkah saya berkhidmat di balai yang terletak di daerah yang lain dari tempat tinggal saya?
Boleh, dengan kebenaran Ketua Polis Daerah.

v  Orang yang aktif dalam politik adakah layak untuk menyertai SP?
Orang yang aktif dalam politik atau persatuan kerja dan lain-lain adalah tidak layak untuk menyertai pasukan Sukarelawan Polis.

v  Adakah saya akan berdepan dengan pelepasan dari majikan saya sekiranya terpilih?
Setiap permohonan hendaklah mendapat kebenaran ketua jabatan atau majikan masing-masing. Setelah mendapat kebenaran, apabila anda dipanggil untuk menjalani latihan atau bertugas, ketua jabatan atau majikan wajib memberi pelepasan.

v  Berapa lamakah latihan yang perlu dijalani oleh seorang sukarelawan?
6 bulan (tertakluk kepada arahan semasa)

v  Apakah bentuk latihan yang disediakan?
Setiap calon perlu menjalani latihan asas seperti kemahiran undang-undang, kegunaan senjata api, kawad, seni mempertahankan diri dan sebagainya. Latihan ini adalah perlu supaya setiap calon mampu memikul tanggungjawab yang diamanahkan.

v  Adakah saya akan dibekalkan dengan peralatan dan pakaian seragam polis?
Ya

v  Adakah pengambilan Sukarelawan Polis hanya untuk pangkat rendah sahaja atau jawatan lain juga ditawarkan?
Sejak Pasukan Sukarelawan Polis ditubuhkan pada tahun 1957, semua pengambilan anggota baru dibuat melalui pengambilan konstabel sahaja. Ia didapati amat berkesan apabila seseorang dari kalangan pangkat rendah/konstabel dinaikkan ke pangkat Pegawai Kanan (Inspektor/ASP) ianya mempunyai pengalaman tugas/operasi kepolisan yang cukup untuk menghadapi cabaran tugas sebagai pegawai kanan. Ia mempunyai keyakinan diri dan lebih memahami tentang tugas/peranannya

v  Tiada jawapan untuk soalan anda?
Sila Hubungi Kami