ABDUL RAHIM AMBIL ALIH JAWATAN TIMBALAN KETUA POLIS
S'GOR
SHAH ALAM, 20 SEPT - DATUK ABDUL RAHIM JAAFAR,
DAHULUNYA TIMBALAN KETUA POLIS PULAU PINANG, HARI INI SECARA RASMI BERTUKAR
TEMPAT DENGAN DATUK A. THAIVEEGAN SEBAGAI TIMBALAN KETUA POLIS SELANGOR.
THAIVEEGAN MENGAMBIL ALIH JAWATAN ABDUL RAHIM DI
PULAU PINANG.
KETUA POLIS SELANGOR DATUK MOHD SHUKRI DAHLAN
BERKATA BELIAU YAKIN ABDUL RAHIM AKAN MEMBERIKAN KHIDMAT TERBAIK DI NEGERI INI.
"KAMI BERDUA MASIH LAGI BAHARU DI SELANGOR
TETAPI SAYA YAKIN KAMI AKAN MENJADI GANDINGAN YANG MANTAP," KATANYA KEPADA
PEMBERITA SELEPAS MENYAKSIKAN MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS TIMBALAN KETUA POLIS
SELANGOR DI IBU PEJABAT POLIS KONTINJEN SELANGOR DI SINI.
ABDUL RAHIM DALAM UCAPANNYA BERJANJI AKAN MEMBANTU
MOHD SHUKRI MENJALANKAN TUGAS DI SELANGOR TERUTAMA DALAM USAHA MEMBENDUNG
KEGIATAN JENAYAH DI NEGERI INI.
"MENJADI ORANG YANG MEMEGANG JAWATAN NOMBOR
DUA DI SELANGOR ADALAH CABARAN BESAR, NAMUN SAYA AKAN MENGGUNAKAN SEGALA
PENGALAMAN UNTUK MENJAMIN KESELAMATAN RAKYAT DI NEGERI INI," KATA ABDUL
RAHIM, YANG PERNAH MEMEGANG JAWATAN KETUA JABATAN SIASATAN JENAYAH JOHOR.