By Polis Selangor
WANITA ANTARA EMPAT DITAHAN MEMILIKI DADAH
AMPANG, 5 Mac - Hasil kecekapan serta komited tehadap tugas yang diamanahkan, dua anggota Sukarelawan Simpanan Polis (PVR) Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya telah berjaya menahan tiga lelaki dan seorang wanita kerana memiliki sejumlah dadah ketika ditahan di Ampang Point lewat malam semalam.
Anggota PVR yang sedang melakukan rondaan cegah jenayah di Ampang Point telah menahan dua buah motosikal. Hasil pemeriksaan yang dilakukan terhadap keempat-empat individu itu telah menjumpai sejumlah dadah dipercayai jenis syabu dan heroin. Kesemua mereka ditahan dan pemeriksaan ujian saringan air kencing mendapati dua daripada mereka positif dadah dan salah seorang adalah wanita.
Kesemua mereka yang ditahan berumur antara 29 hingga 37 tahun. Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.