Friday 10 October 2014

09 October 2014.

Sesi penyerahan surat tawaran kepada bakal-bakal rekrut Sukarelawan Simpanan Polis (SSP) Kontinjen Selangor ini telah diadakan di Dewan Serbaguna, IPK Selangor. Komandan SSP, Supt/SP Saleh bin Arshad telah melakukan lawatan bagi melihat sendiri sambutan orang awam terhadap pasukan ini. Peranan SSP ialah membantu PDRM ke arah komuniti yang sejahtera dan aman. Ia juga  akan bekerjasama dalam  membantu Jabatan Pencegahan Jenayah dan Komuniti (JPJKK) dalam mengadakan rondaan cegah jenayah dan menjadi jambatan penghubung antara pihak polis dan masyarakat setempat. Turut hadir sama ialah pegawai latihan dan pegawai tatatertib pasukan SSP itu sendiri.