Sunday, 12 October 2014

11 October 2014. Perlawanan bolasepak piala Malaysia 2014-PDRM lawan Pahang di stadium Utama Shah Alam.

10 October 2014. Kawalan Trafik seramai 12 anggota dari SSP IPD SHAH ALAM-Kawalan Trafik bagi Acara Taklimat Pengambilan Anggota SSP Baru di MES PEGAWAI IPK SELANGOR

10.10.2014 jam 2030 hrs

Taklimat kepada para rekrut SSP bersama Komandan SSP di Mes Pegawai Kanan, Ipk Selangor. Antara amanat JPJKK Selangor yang telah disampaikan oleh Komandan SSP ialah mengenai latihan yang akan dijalani oleh para rekrut, penugasan yang boleh dan tidak boleh dijalankan, disiplin yang perlu dijaga supaya mereka tidak terlibat dengan jenayah dan menerangkan peraturan-peraturan yang perlu  diketahui oleh para rekrut. Komandan juga menitikberatkan mengenai keterampilan dan sikap yang pro aktif dan positif yang perlu ada kepada semua para rekrut agar penuh berdisplin dan akur dengan arahan dalam memperkasakan pasukan SSP Kontinjen Selangor.

Friday, 10 October 2014

09 October 2014.

Sesi penyerahan surat tawaran kepada bakal-bakal rekrut Sukarelawan Simpanan Polis (SSP) Kontinjen Selangor ini telah diadakan di Dewan Serbaguna, IPK Selangor. Komandan SSP, Supt/SP Saleh bin Arshad telah melakukan lawatan bagi melihat sendiri sambutan orang awam terhadap pasukan ini. Peranan SSP ialah membantu PDRM ke arah komuniti yang sejahtera dan aman. Ia juga  akan bekerjasama dalam  membantu Jabatan Pencegahan Jenayah dan Komuniti (JPJKK) dalam mengadakan rondaan cegah jenayah dan menjadi jambatan penghubung antara pihak polis dan masyarakat setempat. Turut hadir sama ialah pegawai latihan dan pegawai tatatertib pasukan SSP itu sendiri.